Seminar Pemikiran Kritis .Kenapa Perlu Belajar Berfikir ?

Pemikiran(thinking) boleh dikelaskan  kepada dua peringkat utama  i) Pemikiran Peringkat Rendah (Lower Order Thinking) dan ii) Pemikiran Peringkat Tinggi  (Higher Order Thinking).

Contoh-contoh Higher Order Thinking(HOT) adalah seperti pemikiran kritis, pemikiran kreatif , pemikiran matematik dan pemikiran saintifik .Semua bentuk pemikiran yang dinyatakan  tadi harus dipelajari dan perlu diajar sama ada melalui kursus di peringkat pengajian tinggi atau mengikuti kursus-kursus atau seminar- seminar yang dikendalikan oleh mereka yang arif dalam bidang ini.

Manakala Lower Order Thinking(LOT) boleh diperolehi melalui pengalaman yang berbekalkan dengan bidang pengetahuan tertentu.Misalnya seorang guru boleh berfikir bagaimana untuk mengajar anak muridnya hanya melalui LOT  dengan pengalaman mengajarnya  dan pengetahuan matematiknya.Namun guru yang tidak mengikuti  kursus formal dalam pemikiran matematik (salah satu HOT)pasti tidak akan dapat berfikir secara matematik dengan mendalam dan tidak mungkin guru dalam golongan ini  mampu mengajar anak muridnya untuk berfikir secara matematik.Akibatnya murid-murid yang terhasil dari bentuk pengajaran matematik begini tidak akan memahami matematik dengan mendalam dan seterusnya tidak dapat mengaplikasikan ilmu matematik secara berkesan dalam kehidupan hariannya .Hanya segelintir anak muridnya yang berupaya menyelesaikan masalah dengan kebolehan terhad tanpa kemahiran berfikir dalam matematik  .Begitu juga dengan guru-guru agama , penceramah-penceramah agama , imam-imam di masjid.Guru-guru agama yang tidak terdedah kepada pemikiran kritis misalnya akan hanya menumpukan pengajarannya kepada menyampaikan maklumat dan pengetahuan agama kepada anak muridnya.Tidak ada aktiviti perbincangan di dalam kelas , misalnya untuk mengetahui pandangan anak-anak muridnya tentang sesuatu isu yang berkaitan dengan tajuk atau isu tersebut. Tidak ada ruang untuk anak muridnya meluahkan rasa tidak puas hati mereka tentang sesuatu hukum disebabkan tidak kefahaman mereka tentang proses-proses yang telah menyebabkan hukum-hukum itu dibuat dan sebagainya.Juga tiada peluang untuk anak muridnya memberi kesimpulan dan maklum balas terhadap sesuatu perbincangan mengenai isu atau tajuk agama yang  dibincangkan.Akibatnya murid-murid ini kelak  tidak akan berfungsi sebagai orang-orangI Islam yang fleksibel pemikirannya dan juga tidak akan menjadi manusia yang kritis dan kreatif .Imam-imam yang tidak terdedah kepada pemikiran kritis misalnya tidak  akan membuat perubahan kepada cara dia mengimamkan jemaah yang hadir pada solat Jumaat.Contoh aplikasi pemikiran kritis dalam hal ini ialah seorang imam akan merancang  urutan ayat-ayat Al-Quran yang akan dibacanya setiap minggu dan  menyediakan ayat-ayat tersebut  bersama-sama terjemahan dan tafsiran ringkas mengenai ayat tersebut supaya mereka yang datang solat Jumaat dapat sesuatu bimbingan dalam bentuk  pendidikan yang memberi faedah dan makna dari kehadirannya .Pihak-pihak yang terlibat dalam aktiviti  NGO  misalnya  boleh merancang objektif ,  bentuk perlaksanan , proses membuat keputusan dengan  perspektif yang lebih luas dan bersifat intelek jika didedahkan kepada kemahiran berfikir secara  kritis . Di antara sebab utama pemikiran kritis harus di pelajari  oleh  semua golongan masyarakat sama ada mereka ini terdiri dari golongan profesyenal, ahli politik,  ahli-ahli akademik ,guru-guru , ahli sains sosial , ahli sejarah , golongan  pendakwah  dan lain-lain ialah untuk

1) Meluaskan   persepsi  dan perspektif  seseorang dalam melihat sesuatu isu dan masalah

ii)Membolehkan individu mengesan dan memilih maklumat yang sahih untuk membolehkan sesuatu keputusan itu dibuat dengan lebih bijaksana

iii_ Membolehkan sesuatu masalah itu di fomulasikan dengan  tepat dan jelas supaya tidak  tersesasar  dari menumpukan kepada masalah sebenar

iv)Mengetahui pelbagai kemahiran dan  sub- kemahiran(skills and subskills) dalam  mengaplikasikan pemikiran dan strategi bagi menyelesaikan sesuatu masalah

v) Memantau dan menilai  perlaksanaan strategi dan bentuk pemikiran sama  ada pemikiran kritis dan kreatif dan memperbaiki atau menambahbaikkan strategi dan bentuk pemikiran supaya segala pengalaman dalam melaksanakan sesuatu aktiviti boleh digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan aktivit lain dengan lebih baik , sistematik dan produktif.

Mempelajari  HOT seperti pemikiran kritis  membolehkan kita memperbaiki pemikiran kita dan kualiti kerja kita.Pengalaman saya selepas menghadiri dan terlibat dalam bengkel-bengkel dalam banyak persidangan antarabangsa di Eropah dan Amerika, mendapati  peserta persidangan  sebenarnya terdiri dari ahli-ahli akademik termasuk profesor-profesor guru-guru sekolah, jurutera pelbagai bidang ,doktor perubatan pelbagai bidang ,ahli-ahli politik , NGO-NGO .Ini menunjukkan  golongan masyarakat dari negara-negara maju tidak lagi berpuas hati dengan kepakaran mereka di segi disiplin ilmu tertentu sahaja.Mereka amat sedar betapa HOT dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kepakaran  dan penyelidikan mereka.Hakikatnya negara maju amat maju di pelbagai bidang kerana selain dari sistem pendidikan mereka  yang menerapkan pemikiran kritis dan kreatif , mereka  sentiasa berusaha untuk meningkatkan kehidupan masyarakat melalui perancangan , proses membuat keputusan dan pendekatan penyelesaian masalah yang bukan sahaja amat bijaksana tetapi juga mengambil kira kelestariannya melalui amalan budaya berfikir serta mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat .

Jika sebuah kereta memerlukan penjagaan  seperti menukar minyak injin  dan overhaul ijin secara berkala , maka manusia memerlukan proses menukar idea lama  kepada idea yang lebih baik dan juga memilih idea yang terbaik dari idea-idea baru yang telah dijanakan.Itulah sebabnya kata Socrates ‘The unexamined life is not worth living’ .Oleh itu jika kita hanya terus bekerja tanpa merenung sejenak  sejauh mana pencapaian kita  dalam bidang aktiviti yang kita ceburi berbanding dengan bangsa yang lebih maju dari kita ,atau menilai semula budaya kerja kita  maka  kita akan  terus  dihantui dengan kehampaan .Oleh itu mari  kita segera perlu reexamine our life  so that it is worth living.Hari ini kita (orang Islam) sudah jauh ketinggalan di pelbagai segi termasuk  budaya kerja, budaya penyelidikan, budaya ilmu dan amat malang sekali merangkumi  aspek-aspek etika , moral dan akhlak. Di mana silapnya ? Yang pasti kebanyakan orang Islam menjauhi dari budaya berfikir .Lihat sahaja siapa peserta dalam  The 14th International Conference On Thinking  yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Center pada 22-26, 2009  di mana pembentang kertas kerja terdiri  professor-profesor dan penyelidik terkenal  seperti  David Perkin( Harvard University ) Robert Swartz (University Of Massachusets /Pengarah National Center For Teaching Thinking  USA) , Edward de Bono , Tony Buzan  dan lain-lain.Dari   lebih kurang 1000 peserta  ,   hanya dalam lingkungan 300 sahaja peserta dari Malaysia di mana saya salah seorang daripadanya .Itu pun tidak semuanya orang Melayu dan tidak semuanya  di antara peserta Melayu ini yang menghadiri persidangan ini sepenuhnya mungkin kerana mereka ini tidak merasa kerugian di segi kewangan sebab kehadiran mereka ditaja sepenuhnya oleh pihak kerajaan atau pihak universiti.Amat terkejut saya  mendapati lebih kurang 700 peserta datang dari negara lain yang kebanyakannya dari Eropah dan Amerika.Ini jelas mencerminkan minat bangsa-bangsa ini kepada ilmu  berfikir kerana mereka percaya kemahiran berfikir  berbentuk HOT boleh melonjakkan kedalaman ilmu pengetahuan yang sedia ada pada mereka.

Sepanjang pengalaman saya menghadiri persidangan-persidangan  ini di Eropah dan Amerika , peserta Malaysia dicampur dengan peserta dari negara Islam hanya dalam lingkungan 1 hingga 3% sahaja  dan dalam kebanyakan kes sukar mendapati peserta dari Malaysia .

Zaman kita hanya bekerja keras(work hard) sahaja sudah berlalu jika kita ingin jadi satu bangsa yang berjaya dan maju.Kita harus bekerja  dengan pendekatan work smart   dan sentiasa menilai pencapaian kita melalui prose berfikir supaya segala . kerja keras kita itu  lebih produktif.

Zahari Othman

(Penyelidik/perunding(Pemikiran Kritis,Pemikiran Matematik dan Problem Solving)

hp 0132418262 -Sila lihat website: zaharimaths.ne1.net   (untuk mengenal Zahari dengan lebih lanjut dan lain-lain perkhidmatan kepakaran yang ada pada beliau)

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: WordPress Themes | Thanks to best wordpress themes, Find WordPress Themes and Themes Directory